Berita Hartanah di Tambunan Hospital Tambunan Sabah
-
Penduduk desak Asian PAC berdialog isu hak milik strata dan parkir di Kota Kinabalu
Penduduk sebuah kompleks kediaman berhampiran pusat beli-belah di Kota Kinabalu mendesak Asian PAC Holdings Berhad mengadakan dialog terbuka berhubung isu hak milik strata dan petak parkir yang belum selesai. Wakil penduduk Tony Koh Kian Leong meminta pemaju mengemukakan dokumen bertulis, termasuk bukti permohonan hak milik strata kepada Jabatan Tanah dan Ukur, selepas mendakwa semakan tahun lalu menunjukkan permohonan itu belum dikemukakan.
-
Asian Pac nafi tukar petak parkir penduduk di Kota Kinabalu
Asian Pac Holdings menafikan dakwaan penduduk sebuah kompleks kediaman bersebelahan pusat beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah bahawa petak parkir mereka dipindahkan tanpa perbincangan. Ketua Pegawai Operasinya berkata petak yang diperuntukkan kekal tidak berubah dan penutupan sementara Aras 1 hingga Aras 3 hanya untuk kerja naik taraf.