Berita Pemuliharaan & Biodiversiti di Tampines Singapore
-
Harimau Malaya Yong Choh Dilepas ke Habitat Asal di Taman Negara Terengganu
Seekor Harimau Malaya betina bernama Yong Choh yang ditangkap di Kampung Choh, Sungai Siput, Perak pada 22 Julai lalu telah dilepaskan ke habitat semula jadinya di Taman Negara Terengganu, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Pelepasan itu dilakukan secara saintifik selepas proses rehabilitasi di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak.