Berita Jenayah & Keselamatan di Tapah Perak
-
Mahkamah Tinggi di Tapah arah exco Perak Sivanesan bayar RM3,000 kos dalam saman fitnah
Mahkamah Tinggi di Tapah mengarahkan exco Perak A. Sivanesan membayar RM3,000 kos selepas membenarkan permohonan bekas ADUN Bagan Dalam Satees Muniandy untuk memindahkan saman fitnah itu ke Mahkamah Sesyen Butterworth. Sivanesan menyaman Satees berhubung video TikTok yang dimuat naik Jun tahun lalu yang didakwa menggambarkannya tidak layak memegang jawatan awam.
-
Bas rempuh penghadang PLUS: Pemandu mengantuk kerana ubat jantung - Polis
Sebuah bas melanggar penghadang tengah Lebuh Raya PLUS di KM 328.3 antara Bidor dan Tapah, Perak. Polis berkata pemandu yang dalam perjalanan dari Kajang ke Kulim tanpa penumpang itu mengantuk kerana pengaruh ubat jantung. Pemandu itu dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan.