Berita Kebajikan & NGO di Teluk Sepangar Sabah
-
Mangsa kebakaran Kampung Numbak terima RM300 setiap seorang untuk pendidikan
Pelajar yang terjejas akibat kebakaran 30 Ogos di Kampung Numbak, Kota Kinabalu, menerima RM300 setiap seorang serta pakaian seragam sekolah, buku teks, pek sekolah dan kalkulator saintifik. Menteri Pendidikan Datuk Fadhlina Sidek berkata RM121,200 disalurkan melalui tabung kecemasan, manakala Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Sabah turut menyediakan buku teks. Penyerahan itu diadakan di Dewan Sri Semerbak, SMK Bandaraya.
-
Anwar gesa usaha bina semula kehidupan mangsa kebakaran Numbak dipercepat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha membina semula kehidupan mangsa kebakaran di Numbak, Sabah dipercepatkan. Beliau menyantuni 111 ketua isi rumah terjejas dan mengumumkan bantuan khas RM1,500 serta sumbangan kotak makanan. Kebakaran melibatkan tiga kampung pada 30 Ogos lalu itu meragut nyawa tiga kanak-kanak.