Berita Aktiviti Penguatkuasaan Undang-Undang di Uitm Jengka Campus Pahang
-
Penjawat awam ditahan rakam lelaki dalam tandas pasar raya di Bandar Jengka
Seorang penjawat awam lelaki berusia 39 tahun ditahan di Bandar Jengka, Maran, kerana disyaki merakam video dan mengambil gambar seorang lelaki berusia 22 tahun secara sembunyi di dalam tandas sebuah pasar raya. Suspek ditahan berhampiran pasar raya itu dan direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.