Berita Program Kerajaan di Voco Kuching By Ihg Kuching Sarawak
-
Timbalan menteri galak belia Sarawak rebut peluang kepimpinan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, menggalakkan belia Sarawak untuk tampil ke hadapan dan memainkan peranan lebih aktif dalam kepimpinan. Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Kemahiran Memimpin Peringkat Negeri Sarawak di Auditorium Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kota Samarahan. Seramai 34 peserta dari institusi pengajian tinggi sekitar Kuching dan Samarahan serta kelab belia menghadiri kursus tersebut.
-
RM81,000 bantuan pertanian untuk 28 penerima di DUN Pantai Damai
Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM81,000 melalui Program Peruntukan Fasilitasi Pertanian (AFF) untuk 28 petani dan pengusaha perikanan darat di kawasan DUN Pantai Damai. Bantuan berupa baja, mesin pemotong rumput, peralatan pertanian serta makanan ternakan ikan dan udang diserahkan di Dewan Sinaran, Kampung Sungai Lumut.