PRO-NET Proton bekerjasama dengan lima CPO untuk pasang pengecas e.MAS di seluruh negara
Anak syarikat EV Proton, PRO-NET, telah mengumumkan kerjasama dengan ChargeSini, Charge+, JomCharge, RExharge, dan Time Charge N Go untuk memasang stesen pengecas DC berjenama Proton e.MAS di seluruh Malaysia. Ini mengesahkan rancangan pengeluar kereta itu untuk mengembangkan kehadirannya dalam rangkaian pengecasan EV tempatan tahun ini.