Pemerhati: Liga Super seperti 'liga sarkas' akibat jurang kualiti pasukan
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli, mengkritik saingan Liga Super musim ini sebagai 'liga sarkas' berikutan jurang ketara antara pasukan yang bersedia dan yang tidak. Beliau merujuk kepada keputusan besar seperti kekalahan Kelantan Red Warrior (KRW) FC kepada Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT), serta isu pendaftaran pemain dan kegagalan KL City menurunkan pasukan.