Indonesia siasat dakwaan lapan warganya direkrut tentera Russia
Indonesia sedang menyiasat dakwaan bahawa sekurang-kurangnya lapan warganya telah direkrut untuk menyertai tentera Russia dan dikerah berperang di Ukraine. Siasatan ini susulan dakwaan dari perisik Ukraine, dan pihak berkuasa Indonesia akan menyemak kesahihan identiti mereka serta kemungkinan mereka menjadi mangsa penipuan tawaran kerja.