Ryanair amaran tambang Eropah naik jika harga minyak kekal tinggi
Ryanair memberi amaran bahawa pesaingnya mungkin sukar bertahan dan tambang penerbangan jarak dekat di Eropah akan meningkat dengan ketara jika harga minyak kekal tinggi sehingga 2027. Syarikat penerbangan Ireland itu menurunkan sasaran trafiknya bagi 2027 kepada 214 juta penumpang susulan kenaikan harga bahan api jet yang dikaitkan dengan konflik di Asia Barat.