MERCY Malaysia hantar misi penilaian ke Nepal selepas banjir kilat
Harian Metro
MERCY Malaysia menghantar pasukan kemanusiaan ke Nepal untuk menilai keperluan mangsa banjir kilat yang melanda beberapa daerah pada 26 Ogos lalu. Pasukan itu akan memberi tumpuan kepada operasi mencari dan menyelamat, tempat perlindungan, makanan, air bersih dan sokongan kesihatan mental.