JAS: Jerebu dijangka kekal tinggi berikutan El Nino, bacaan IPU di Serian dan Kuching kekal Berbahaya
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjangkakan pencemaran jerebu di Malaysia akan kekal tinggi untuk beberapa hari akan datang disebabkan fenomena El Nino. Setakat 7 petang, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian dan Kuching, Sarawak kekal pada tahap Berbahaya, manakala beberapa kawasan lain di Sarawak mencatatkan bacaan Sangat Tidak Sihat.