Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya pulih sepenuhnya selepas kerosakan isyarat dibaiki
Perkhidmatan tren MRT di laluan Putrajaya kembali beroperasi sepenuhnya pada 6:56 petang ini selepas kerosakan sistem isyarat dibaiki. Masalah teknikal yang dikesan pada 4:35 petang telah menyebabkan pergerakan tren perlahan dan penumpang menunggu lama. Rapid KL telah memohon maaf atas kesulitan itu dan akan meneruskan perkhidmatan bas ulang-alik percuma antara stesen Kwasa Damansara dan Kepong Baru.