1,366 syarikat sertai program kemahiran Akademi Dalam Industri Kementerian Sumber Manusia
Kementerian Sumber Manusia memaklumkan 1,366 syarikat, termasuk 677 PKS, kini menyertai program Akademi Dalam Industri (ADI). Inisiatif latihan berasaskan kerja itu menawarkan insentif kewangan kepada perantis, syarikat dan pusat latihan untuk meningkatkan kesediaan tenaga kerja.