BAM disaran beri kata dua kepada Jun Hao selepas prestasi merosot
Bekas Pengarah Prestasi Tinggi BAM, Datuk James Selvaraj mengesyorkan agar persatuan memberi tempoh setahun kepada pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao untuk membuktikan kemampuan atau berdepan risiko digugurkan. Ini berikutan kegagalan Jun Hao melangkah ke suku akhir dalam 12 kejohanan tahun ini, dengan kekalahan terbaharu di pusingan pertama Masters China di Shenzhen. James percaya masalah utama pemain berusia 27 tahun itu adalah mental, bukan kemahiran, dan mencadangkan BAM mendapatkan pakar psikologi sukan.