Kerajaan kaji tubuh suruhanjaya tetap reformasi undang-undang
Kerajaan sedang meneliti cadangan menubuhkan Suruhanjaya Reformasi Undang-Undang sebagai mekanisme tetap untuk mengkaji dan memperbaharui undang-undang negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman Said, berkata reformasi perlu sistematik dan berasaskan bukti, bukan ad hoc. Beliau berkata demikian semasa melancarkan tinjauan pendapat awam mengenai RUU Koroner di Kuala Lumpur.