NGO ekologi sokong kerajaan hentikan lesen pencemaran baharu mulai 2027
Persatuan Ekologi Malaysia (PEM) menyokong penuh keputusan kerajaan untuk menghentikan permohonan baharu lesen pencemaran di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, berkuat kuasa 1 Januari 2027. Presiden PEM, Prof. Dr. Ahmad Ismail, berkata tindakan itu selaras dengan komitmen memelihara kualiti udara negara dan menekankan perlunya penguatkuasaan undang-undang serta pendidikan alam sekitar.