Bursa Malaysia ditutup tinggi, seiring prestasi Wall Street selepas BNM kekal OPR
Indeks utama Bursa Malaysia, FBM KLCI, ditutup meningkat 6.39 mata kepada 1,715.13 pada Khamis, seiring dengan prestasi positif di Wall Street. Sentimen pasaran turut disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada 2.75 peratus.