Tiga robot mula rondaan di penjara Singapura mulai Oktober
Tiga robot bernama Protect akan mula meronda tiga institusi penjara di Singapura mulai Oktober sebagai fasa percubaan sehingga Januari 2027. Robot yang dibangunkan oleh Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan HTX ini mampu meronda secara autonomi, menyalurkan rakaman video dan audio secara langsung, serta membantu pegawai penjara dalam penyeliaan dan tindak balas insiden.