Polis Singapura kumpul DNA daripada saudara 9 rakyatnya yang hilang dalam banjir Nepal
Polis Singapura sedang mengumpul sampel DNA daripada saudara-mara sembilan rakyat Singapura yang hilang dalam banjir besar di Nepal untuk membantu mengenal pasti mayat. Banjir yang bermula pada 26 Ogos itu telah mengorbankan lebih 1,100 orang. Singapura juga menghantar bantuan dan telah menyumbang AS$100,000 kepada usaha bantuan Palang Merah.