Tiga selamat selepas kereta langgar gajah di Jalan Johor Bahru-Mersing
Tiga individu terselamat selepas kereta Perodua Bezza yang dinaiki merempuh seekor gajah yang melintas di Kilometer 49, Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi, malam tadi. Pemandu dan dua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian jam 10.50 malam itu.