Lelaki 58 tahun dikhuatiri hilang di Ulu Skrang, Sri Aman sejak Khamis
Seorang lelaki berusia 58 tahun, Mangka Enting, dikhuatiri hilang selepas gagal pulang ke rumah di Rh Rebicca Lipat di Ulu Skrang, Sri Aman, sejak pagi Khamis. Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menerima laporan pada 1.10 tengah hari ini dan menggerakkan anggota dari balai bomba Betong untuk membantu operasi mencari.