Tukang urut warga asing maut jatuh dari tingkat empat ketika lari dari serbuan MBJB
Seorang tukang urut wanita warga asing berusia 36 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah kedai di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor Bahru, ketika cuba melarikan diri dari pemeriksaan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, yang mendapati kematian disebabkan kecederaan retak pada kepala dan patah tulang rusuk. Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.