Penduduk di Serian, Sarawak, terus menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun darurat jerebu telah diisytiharkan di daerah itu. Tinjauan mendapati mereka keluar ke pekan untuk berurus niaga, manakala pejabat kerajaan dan swasta dibenarkan beroperasi dengan langkah berjaga-jaga. Bacaan IPU di Serian pada tengah hari ialah 304, yang masih berada pada kategori berbahaya.