Komander Briged Sarawak PGA lawat anggota sakit di Hospital Sri Aman
Komander Briged Sarawak PGA, SAC Datuk Lim Bak Phai, melawat Koperal Mohd Shaifful Ibrahim di Hospital Sri Aman. Anggota Batalion 23 PGA berusia 36 tahun itu dimasukkan ke hospital pada 31 Ogos selepas disyaki mengalami serangan jantung ringan dan tekanan darah tinggi. Lawatan itu menunjukkan komitmen briged terhadap kebajikan anggota.