Ketua Kontinjen Sarawak Para SUKMA harap kemenangan awal boling padang beri inspirasi
Kontinjen Para SUKMA Sarawak memulakan kempen dengan cemerlang selepas meraih kemenangan dalam acara boling padang para di Stadium Boling Padang Bayuemas di Klang, Selangor. Ketua Kontinjen Datuk Dr Mohamad Razi Sitam berharap kejayaan awal ini dapat meningkatkan semangat seluruh pasukan menjelang kebanyakan acara bermula pada Ahad.