Pendakwah Ustaz Halim Din meninggal dunia di hospital Shah Alam
Pendakwah bebas, Ustaz Abdul Halim bin Din, meninggal dunia di Hospital Shah Alam pada jam 11.55 malam tadi. Berita kematiannya dikongsikan oleh Maahad Tahfiz Al Khalidiah (MATAK) di Facebook, yang memaklumkan solat jenazah akan diadakan selepas solat Zohor di Surau Bukit Kuda, Klang.