Tiga laporan polis dibuat berhubung dakwaan Hadi mengenai AS
Tiga pemimpin cawangan PKR dari Bandar Tun Razak membuat laporan polis di Balai Polis Cheras berhubung dakwaan presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa AS menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014. Laporan itu akan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.