Wanita ditahan disyaki tarik rambut, goncang kepala kanak-kanak di taska Kuantan
Seorang wanita berusia 31 tahun ditahan polis kerana disyaki mengasari kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan di sebuah taska di Bukit Setongkol, Kuantan. Kejadian dipercayai berlaku pada 11 Ogos dan tular di media sosial. Mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut dan tiada kecederaan fizikal serius dilaporkan.