Enam individu termasuk empat sekeluarga dikhuatiri hilang di hutan Gua Musang
Polis Gua Musang menerima laporan mengenai enam individu, termasuk empat ahli keluarga dan dua malim gunung, yang memasuki hutan melalui Pos Dakoh, Lojing, Gua Musang pada 29 Ogos lalu. Kumpulan itu dijadualkan keluar di Pos Kemar, Perak pada 3 September tetapi gagal berbuat demikian, dan hubungan terakhir menunjukkan mereka berada di kawasan hutan Perak.