Rubiah: E-sukan boleh jadi laluan kerjaya untuk belia, bukan sekadar hiburan
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata e-sukan boleh membina bakat dan kerjaya untuk belia, bukan sekadar hiburan. Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pertandingan E-Sports Reborn PUBG Mobile 2026 di Dewan Serbaguna Kampung Asajaya Ulu, yang disertai 17 pasukan.