Penganggur dipenjara empat bulan kerana peras ugut wanita di tepi Sungai Melaka
Seorang lelaki menganggur berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, selepas mengaku bersalah memeras ugut seorang wanita di tepi Sungai Melaka, Kampung Morten, pada 1 September lalu. Tertuduh, Muhhamad Nazirul Jasmi, meminta wang RM200 daripada mangsa, Nahzatul Farahin Abdul Gharapar, 36, sebagai balasan untuk memulangkan telefon bimbitnya yang hilang.