TT Vision anugerah kontrak pembinaan RM92j untuk kilang baharu di Pulau Pinang
TT Vision Holdings telah menganugerahkan kontrak bernilai RM92 juta kepada Yu Tong Construction untuk membina kilang dan bangunan pejabat baharu di Pulau Pinang. Projek yang terletak di Plot 81A, Taman Perindustrian Bayan Lepas ini akan menambah kira-kira 153,000 kaki persegi ruang kepada syarikat. Perjanjian rasmi dijangka ditandatangani selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2026.