Bayi 4 bulan maut di taska di Dungun, polis siasat kecuaian
Seorang bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Terengganu. Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 untuk menentukan sama ada terdapat unsur kecuaian atau pengabaian.