Kebakaran tanah gambut di Sebana Cove, Pengerang dijangka dipadam dalam dua hari
Kebakaran tanah gambut di Bypass Sebana Cove, Bukit Pelali, Pengerang, Kota Tinggi dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh dua hari lagi. Setakat jam 4 petang, pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran di kawasan seluas 10 hektar daripada 17 hektar yang terbakar.