Pasukan SAR hampiri enam pendaki hilang selepas kesan isyarat asap berhampiran Kem Kulim
Pasukan mencari dan menyelamat di Gerik, Perak kini menghampiri lokasi enam pendaki yang dilaporkan hilang selepas mengesan isyarat asap dipercayai daripada kumpulan tersebut. Isyarat itu dikesan kira-kira sejam perjalanan dari Kem Kulim, dan 25 anggota kini berada berhampiran mangsa.