Bekas perunding hartanah dipenjara 10 tahun, didenda RM228j
Mahkamah Rayuan di Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda hampir RM228 juta kepada bekas perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub. Mahkamah membatalkan pembebasannya sebelum ini atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan pengubahan wang haram. Panel mendapati dakwaannya bahawa wang itu adalah yuran perundingan tidak disokong oleh bukti.