Serbuan imigresen di Kuching tahan 35 warga asing di tiga lokasi
Seramai 35 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Sarawak di tiga lokasi sekitar Kuching malam tadi. Operasi yang melibatkan 45 pegawai itu memeriksa 57 individu sebelum menahan mereka kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.