Keluarga dan dua malim gunung hilang di Trans GBB ditemui selamat
Empat sekeluarga bersama dua malim gunung yang dilaporkan hilang semasa ekspedisi pendakian Trans GBB (Gerah, Bilah dan Bieh) ditemui selamat pada Isnin. Mereka ditemui kira-kira jam 4.40 petang dan disahkan berada dalam keadaan baik selepas diperiksa di klinik. Keluarga mengucapkan terima kasih kepada pasukan SAR atas usaha mencari mereka.