JBPM Perak cadang kaji semula SOP had umur kanak-kanak dalam ekspedisi gunung
Pengarah JBPM Perak mencadangkan pihak berwajib mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) mengenai had umur kanak-kanak dalam aktiviti lasak dan ekspedisi mendaki gunung. Cadangan ini dibuat selepas enam individu, termasuk dua kanak-kanak, yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan, ditemukan selamat.