Pasukan SMART Malaysia tubuh pangkalan hadapan di Dhunche, Nepal untuk operasi dron
Pasukan SMART Malaysia telah tiba di Bandar Dhunche, Nepal untuk menubuhkan pangkalan hadapan taktikal bagi menyokong operasi cerapan dan pengumpulan data di kawasan terjejas. Pangkalan itu akan menjadi pusat logistik dan kawalan operasi dron di daerah Rasuwa, dengan kerjasama Angkatan Tentera Nepal. Setakat ini, 55 rakyat Malaysia masih hilang dalam bencana yang mengorbankan lebih 1,300 orang di Nepal.