GWM Malaysia akan pasang tempatan Ora 5 HEV dan Haval H7 PHEV, eksport Wey G9 ke Thailand
GWM Malaysia mengumumkan di GATE 2026 bahawa Ora 5 HEV dan Haval H7 PHEV akan dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia. Wey G9 yang dipasang tempatan sudah pun dieksport dari Malaysia ke Thailand, menjadikan Malaysia sebagai sebahagian penting dalam rangkaian pembuatan Asean GWM. Ora 5 HEV dijangka dilancarkan pada separuh kedua 2026, manakala Haval H7 PHEV dijangka pada awal 2027.