Polis buru kumpulan lelaki bertopeng rompak rumah mewah di Ampang, kerugian RM2.91 juta
Polis sedang memburu sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau yang dipercayai melarikan wang tunai serta barangan mewah bernilai RM2.91 juta dari sebuah kediaman di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kejadian itu berlaku pada petang semalam dan mangsa, seorang lelaki warga China berusia 28 tahun, tidak mengalami kecederaan serius.