MB Negeri Sembilan enggan komen dakwaan tandatangan proklamasi
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, enggan mengulas dakwaan bahawa beliau menandatangani dokumen proklamasi penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar. Beliau hanya berkata 'tak ada nak komen' selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban. Dakwaan itu dibuat oleh Undang Yang Empat, yang mendakwa dokumen itu ditandatangani pada 3 Ogos lalu.