Bekas pengasuh taska di Mentakab didakwa aniaya kanak-kanak dua tahun
Seorang bekas pengasuh taska mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Temerloh atas tuduhan menganiaya kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah taska di Jalan Keramat Indah, Mentakab pada 11 Ogos lalu. Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM5,000 dan kes disebut semula pada 14 Oktober.