Penggantian trek Laluan Kelana Jaya bermula 13 Sept, jejas perkhidmatan Ahad
Rapid KL akan memulakan tujuh fasa penggantian trek di Laluan Kelana Jaya bermula 13 Sept, dengan stesen terjejas memulakan perkhidmatan pada 9.30 pagi pada hari Ahad yang ditetapkan. Kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya menjelang September 2027, dengan bas ulang-alik percuma disediakan di antara stesen yang terjejas.