MAS batal MH1, lencongkan MH4 selepas kegagalan sistem kawalan trafik udara UK
Malaysia Airlines telah membatalkan penerbangan MH1 dari London ke Kuala Lumpur dan mengalihkan MH4 ke Manchester berikutan gangguan teknikal yang meluas pada kawalan trafik udara UK. Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan penerbangan pemulihan MH1D dan MH4D pada 9 Sept dan menawarkan bayaran balik hotel dan makan kepada penumpang yang terjejas.