Peniaga Ipoh dipenjara 30 tahun, 24 sebatan kerana edar meth
Seorang peniaga di Ipoh dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan mengedar lebih 77 kilogram methamphetamine. Tertuduh, Liew Wan Wah, 46, terlepas hukuman mati. Kejadian pengedaran dadah itu berlaku di Plaza Tol Gopeng dan di IPD Kampar pada Jun 2021.