KKM hantar pasukan sokongan bantu keluarga mangsa nahas helikopter Long Lellang
Kementerian Kesihatan akan memberikan sokongan psikologi dan kewangan kepada keluarga lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Terbang di Long Lellang, Ulu Baram. Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata pasukan MHPSS telah digerakkan untuk menawarkan Bantuan Psikologi Pertama, dan bantuan kewangan akan disalurkan melalui dana KESKIP. Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan oleh polis dan bomba, dengan Hospital Miri bersedia menerima mangsa.