Bekas Pengerusi TH Abdul Azeez diikat jamin RM450,000, mengaku tidak bersalah
Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim, selesai proses ikat jamin RM450,000 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan jawatan untuk mendapatkan jawatan pengerusi syarikat dengan remunerasi RM690,000 setahun.